KURSUS PENINGKATAN DINAMIKA DAN PROFESIONALISMA KAKITANGAN

Seramai 30 orang warga Bahagian Khidmat Pengurusan telah menyertai Kursus Peningkatan Dinamika dan Profesionalisma Kakitangan pada 21-23 Mei 2012, bertempat di Pangkor Island Resort, Pulau Pangkor. Objektif utama kursus ini adalah untuk memantapkan kepimpinan kendiri dan meningkatkan kecerdasan spiritual sebagai asas keseimbangan diri serta bagaimana mengelakkan stress dan konflik dalam organisasi. Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian, Puan Latipah binti Sehibi.