--- Sambutan Safer Internet Day 2015 ---
Sukacita dimaklumkan bahawa pada tahun ini, CyberSecurity Malaysia sekali lagi akan mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’ 2015. Acara disokong oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pada tahun ini, sambutan SID di Malaysia akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh             : 23 Februari 2015 (Isnin)
Waktu            : 12.00 tengahari Â
Tempat           : Maktab Tentera DiRaja (RMC), Sg Besi Kuala Lumpur
Tetamu VIPÂ Â : YB Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Â Â Â Â Â Â
Bagi menyempurnakan acara sambutan, beberapa aktiviti telah mengenalpasti, antaranya:-
- Ceramah CyberSAFE kepada pelajar RMC
- Upacara Sambutan – Tarian Perang “War Dance†oleh pelajar RMC
- Nyanyian lagu ‘Berkhidmat Memimpin’ Maktab Tentera DiRaja oleh pelajar RMC
- Perlancaran Sambutan ‘Safer Internet Day 2015’
- Lintas Langsung Menerusi Aplikasi Skype ke Jakarta, Indonesia bersama IDSIRTII
- Perlancaran Buku Chapter "Cyber Terrorism - Policy & Technical Perspective" - Kerjasama UTeM dan CyberSecurity Malaysia
Dan, di sepanjang bulan Februari 2015 juga telah berlangsung beberapa aktiviti yang berkaitan dengan keselamatan siber, seperti:-
- Ceramah Kesedaran Keselamatan Siber
- Temubual Media
- Bengkel Media Bersama Harian Metro (ditunda ke 5 Mac 2015)
Tema SID 2015 ialah 'Let's Create a Better Internet Together'. Tema inidipilih untuk memberi penumpuan kepada kreativiti kanak-kanak serta para remaja sewaktu berada di atas talian (alam siber) dan juga melihat peranan serta tanggungjawab organisasi serta badan kerajaan dalam menwujudkan satu suasana siber yang selamat dan kondusif. Berdasarkan tema ini, kita telah mengenalpasti tiga (3) elemen utama yang perlu diberi penekanan oleh pengguna Internet, antaranya:-
1. Password
SEBAGAI PENGGUNA INTERNET, Kita harus menjaga KATALALUAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN AGAR SISTEM KOMPUTER SERTA APLIKASI YANG KITA GUNAKAN DI ALAM SIBER TIDAK MUDAH DICEROBOHI.
2. Know Privacy Settings
Dalam keghairahan menggunakan platfom media sosial, jangan KITA abaiKAN tetapan privasi BAGI setiap platfoRm ATAU APLIKASI yang KITA gunakan. Tetapan privasi dapat menghalang PIHAK YANG tidak bertanggungjawab memanipulasi infoRmasi, terutama gambar dan MAKLUMAT peribadi kita.
3. ‘Care before Share’
Sebelum kita menghebahKAN ATAU BERKONGSI APA JUA MAKLUMAT DAN infoRmasi, KITA harus SENTIASA BERWASPADA AKAN tindakAN YANG INGIN KITA AMBIL. SEKIRANYA MAKLUMAT ATAU infoRmasi YANG DIKONGSI ITU SALAH, SUDAH PASTI IaNYA boleh mencetuskan keadaan huru-hara DAN PANIK. MAKA, SEBAGAI PENGGUNA INTERNET, KITA HARUS SENTIASA MEMBUAT SEMAKAN TERLEBIH DAHULU BAGI MENGESAHKAN MAKLUMAT SEBELUM IANYA DIKONGSI.
** petikan teks ucapan YB Timbalan Menteri yang akan disampaikan pada acara sambutan nanti.
7.        Semoga dengan sambutan SID 2015 ia akan dapat memupuk kesedaran Komuniti Digital Malaysia untuk mengamalkan budaya keselamatan siber serta dalam masa yang sama menarik minat mereka untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai isu-isu berkaitan keselamatan siber.
Yang Kalsum Bt Ibrahim
Executive, Product Development & Marketing
Corporate Strategy & Industry Development Division
CyberSecurity Malaysia
An Agency Under the Ministry of Science, Technology & Innovation (MOSTI)
DLÂ Â :Â Â Â Â +605 528 2088 Ext. 613
Fax :    +605 528 1905
HPÂ Â :Â Â Â Â +601 6518 7518
www.cybersecurity.my